Saturday, 15 September 2012

Karnival Skills Malaysia Zon Selatan 2012


Karnival Skills Malaysia Zon Selatan yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah diadakan pada 15 & 16 September 2012. Karnival ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kasih  dan turut hadir adalah Datuk Seri Zainal Rahim Seman selaku Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.


Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan latihan kemahiran sesuai dengan moto Skills Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu ‘Mengarusperdana Latihan Kemahiran’. Pelbagai agensi yang terlibat dengan kemahiran dan gerai jualan telah menyertai dan memeriahkan karnival ini.

             ADTEC Melaka yang mewakili Jabatan Tenaga Manusia (JTM) juga telah dijemput untuk menyertai karnival ini sebagai peserta pameran dan juga telah menganjurkan kursus jangka pendek selama sehari melalui Kursus “Become A Blogger” dan juga “SOHO Network” di mana  kedua-duanya merupakan pengajar dari Bahagian Komputer Sistem. Tahniah di atas kerjasama bersama pihak JPK dan penglibatan dalam Skills Malaysia.

Read more...

Wednesday, 29 August 2012

Merdeka & Hari Malaysia 2012

Selamat menyambut Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos 2012 dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012 kepada seluruh warganegara Malaysia. Tunjukkan rasa cinta dan sayangkan negara dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang dapat memberi sumbangan kepada agama dan negara. Semoga kita semua mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah dicapai malah berusaha gigih untuk mencegah penjajahan fizikal dan juga minda. Wassalam.

Read more...

Sunday, 12 August 2012

Ucapan Selamat Hari Raya 1433H

Di kesempatan ini, warga Practical3g mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan 1433H ini dan seterusnya Salam AidilFitri kepada semua pengunjung blog dan website kami. Semoga anda semua mendapat rahmat-Nya dan Berhati-hati di jalan raya. Kami memohon maaf zahir dan batin di atas segala kekurangan yang ada. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H. 


Read more...

Hakcipta Blog Terperlihara

Template edited by pd

Certified Trainer

since 2006