Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, 1 December 2012

Emas sebagai hantaran perkahwinan

Cantik kan Dinar Syifa' ini? 
Beralih kepada simpanan emas, matawang emas ...hantaran perkahwinan menngunakan hadiah / mahar emas... kenapa? emas adalah logam yang tinggi nilainya, dan tidak merugikan sesiapa pun. 
Sempena hijrah ini, hijrahkan juga diri kita untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik dan bermanfaat. Jika berminat, boleh hubungi online.
Tahniah kepada penyimpan emas.

sumber : emasperakbiz

Read more...

Wednesday, 1 February 2012

soalan bodoh? kenapa bertanya?

Dipetik :  http://www.motivasibelajar.com/ 

Tentu adik-adik pernah mendengar pepatah Melayu ini, ‘Malu bertanya sesat jalan’. Ia mengingatkan kita tentang kepentingan bertanya untuk mengetahui sesuatu. Aktiviti bertanya soalan kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi kadangkala ia begitu sukar dilakukan. Saya dapati kebanyakan pelajar malu hendak bertanya kerana mereka rasa, apabila mereka bertanya, ia menunjukkan bahawa mereka tidak tahu. Ia kelihatan seperti mereka ini tidak berilmu dan lebih buruk lagi, mereka rasa seperti orang bodoh.

Persoalannya, adakah bertanya soalan boleh membuat kita kelihatan seperti ‘orang bodoh‘?

>>Buat blog dengan mudah <<

Sudah tentu tidak bukan? Ramai guru atau cikgu kita yang ingatkan bahawa ‘Tidak ada soalan bodoh di dalam dunia ini‘. Jika kita mahu tahu apa-apa, tanya sahaja kerana soalan kita itu tidak mungkin soalan yang bodoh. Jadi adik-adik, mulai hari ini, jangan malu bertanya jika kita mahu tahu apa-apa.

Namun, setelah beberapa lama saya fikirkan, ada ketikanya, kita memang ada mendengar soalan yang boleh dikategorikan sebagai soalan bodoh. Contohnya mungkin

1) Ketika melawat seorang sahabat yang sedang sakit kuat di hospital, kita datang dan bertanya, “apa khabar kau, sihat?”
2) Ketika melihat kawan sedang membasuh kereta, kita bertanya, “buat apa tu?”
3) Kita melihat kawan yang jatuh basikal hingga berdarah lutut, betis dan siku, lalu kita bertanya, “sakit ke?”
4) Kita lihat kawan kita menangis hingga merah mata selepas keluar dewan peperiksaan lalu kita tanya, “susah sangat ke soalan tadi?

Read more...

Monday, 28 November 2011

Rahsia Yang Menjadi Rahsia - Golongan Kaya


Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik. Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan. Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda. Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.......

Tambahan lagi ....

Read more...

Friday, 11 November 2011

5 Tips Penting Bagaimana Ingin Berjaya

Success!! Yeah!! Bravo! Tahniah! Congrat!! Yes!!!!!
Itu antara perkataan2 yang keluar apabila telah berjaya melakukan sesuatu atau dengan kata lain telah dapat mencapai impian dan keinginan dengan sangat baik. Penulis kali ini ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai tips yang boleh digunakan untuk berjaya! :

  • Jadi yang TERBAIK! - maksudnya cam BoBoiBoy, cuba buat kerja atau usaha yang bersungguh-sungguh, hasil penat lelah anda pasti mendapat pulangan lumayan. Insya-Allah.
  • Jangan suka Bertangguh - perangai ni kena ubah, kalau masih ada sikap ni..sila buang jauh-jauh, dah nak berjaya jangan la malas sangat sampai usaha takda, camne nak menang! Usaha Tangga Kejayaan.
  • Komitmen 100% - Kalau boleh capai komitmen melebihi 100% lagi bagus, maknanya anda perlu fokus dan beri ruang dan masa kepada jalan yang dipilih untuk mencapai hasrat anda untuk menggapai Impian. Kita semua bermula dengan impian, Jadi boleh bermimpi tetapi jangan mimpi tanpa usaha!
  • Bermotivasi Tinggi - Mesti ada sikap motivasi yang tinggi, jangan sekali gagal dah menyampah & malas nak usaha, sebab tu ada perumpamaan, Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya. Anda yang tentukan jalannya.
  • Jangan Lupa Pencipta! - Hendak berjaya mestilah mendapat rahmat & keberkatan Ilahi, jangan sombong dengan Dia, selesaikan yang fardhu dan tambahkan yang sunat.
okey itu, sahaja yang digunakan oleh saya sepanjang hidup ini. Berusaha Bro! kalau nak berjaya & cari ruang / peluang untuk berjaya di dunia & akhirat ini.Chaiyo!

Read more...

Wednesday, 5 October 2011

Baca betul-betul !

Pada suatu hari, betul-betul tak ingat tarikh tepatnya, aku teringat suatu peristiwa. Aku disuruh oleh cikgu ‘tulis betul-betul’.
Aku pun tulis perkataan ‘betul-betul’ banyak-banyak. Dah siap, aku bagi pada cikgu. Cikgu mengetap bibir. Geram! Baca selanjutnya di...>>

Read more...

Sunday, 19 June 2011

Motivasi - Saya Pasti Boleh (Yes, I Can!)

Kenapa motivasi penting? kenapa perlu ada motivasi untuk gerakkan satu usaha, daya, atau lebih-lebih lagi KERJA? kenapa...ia sememangnya satu dorongan untuk kita lebih berjaya dan lebih mengutamakan usaha untuk kejayaan dalam sesuatu bidang yang kita ceburi.

Teori Abraham Maslow..

Read more...

Hakcipta Blog Terperlihara

Template edited by pd

Certified Trainer

since 2006