Karnival Skills Malaysia Zon Selatan yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah diadakan pada 15 & 16 September 2012. Karnival ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kasih dan turut hadir adalah Datuk Seri Zainal Rahim Seman selaku Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.
Karnival ini
bertujuan untuk mempromosikan latihan kemahiran sesuai dengan moto Skills
Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu ‘Mengarusperdana Latihan
Kemahiran’. Pelbagai agensi yang terlibat dengan kemahiran dan gerai jualan
telah menyertai dan memeriahkan karnival ini.
ADTEC Melaka
yang mewakili Jabatan Tenaga Manusia (JTM) juga telah dijemput untuk menyertai karnival
ini sebagai peserta pameran dan juga telah menganjurkan kursus jangka pendek
selama sehari melalui Kursus “Become A Blogger” dan juga “SOHO Network” di
mana kedua-duanya merupakan pengajar
dari Bahagian Komputer Sistem. Tahniah di atas kerjasama bersama pihak JPK dan
penglibatan dalam Skills Malaysia.