Sunday, 19 June 2011

Motivasi - Saya Pasti Boleh (Yes, I Can!)

Kenapa motivasi penting? kenapa perlu ada motivasi untuk gerakkan satu usaha, daya, atau lebih-lebih lagi KERJA? kenapa...ia sememangnya satu dorongan untuk kita lebih berjaya dan lebih mengutamakan usaha untuk kejayaan dalam sesuatu bidang yang kita ceburi.

Teori Abraham Maslow.. iaitu Hierarchy of Needs juga menyokong pendapat ini di mana morality (keupayaan moral) dan secara spontaneity (tindakbalas segera) seperti pemikiran yang mengatakan "saya boleh" mampu mengubah usaha dan fokus kita untuk berjaya. Cuba perhatikan mereka yang berjaya adakah fokus dan usaha mereka sangat tinggi. Bagi yang kurang berjaya, jangan risau, usahakan lagi kerana masa belum tiba untuk kita lagi disebabkan nasib kurang baik atau tiada rezeki pada sesuatu masa juga faktor penting kejayaan individu.

Jika kita teringat filem yang dilakonkan oleh Eddie Murphy satu ketika dulu iaitu...dalam "the nutty professor" sebagai Professor Sherman, dia sememangnya mempunyai motivasi yang tinggi untuk kurus!. Kata-katanya "Yes, I Can...Yes, I Can" ketika di gimnasium untuk turunkan berat badannya, sangat membakar semangat untuk berjaya.


Oleh itu, sebagai manusia yang normal, kita sudah tentu ada jatuh bangun masanya dan ia bergantung pada masa dan momentum semangat motivasi yang kita bawa. Pesan saya, usahakan selagi terdaya dan jangan lupa kita sebagai Hamba-Nya terikat dengan takdir. support by : practical3g


Hakcipta Blog Terperlihara

Template edited by pd

Certified Trainer

since 2006