Friday 26 October 2012

Panggilan Haji

As-salam. Bertemu kita lagi di suasana syahdu & bertakbir membesarkan Allah SWT di pagi AidilAdha, 10 Zulhijjah 1433H, bersamaan 26 Oktober 2012. Bertuahlah bagi mereka yang berkesempatan menunaikan fardhu Haji yang merupakan Rukun Islam yang kelima wajib ditunaikan sekiranya berkemampuan. 




Antara rukun Haji yang wajib dilaksanakan adalah ibdah wuquf yang sangat besar pengertiannya kepada semua umat Islam.Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walau satu saat sekali pun dalam keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah

Bagi yang tidak menunaikan haji pula, adalah disunatkan menunaikan ibadah korban bermula 10 Zulhijjah sehinggalah 11, 12 dan 13 Zulhijjah yang dikenali sebagai hari Tasyrik. Semoga kita mendapat keredhaan Allah SWT di atas semua usaha ibadah kita dan seterusnya diharapkan kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat dan segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Hayatilah talbiah yang disertakan ini. Semoga secebis info haji ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan manfaat berguna kepada kita semua.

Hakcipta Blog Terperlihara

Template edited by pd

Certified Trainer

since 2006