Monday 28 November 2011

Rahsia Yang Menjadi Rahsia - Golongan Kaya


Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik. Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan. Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda. Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.......

Tambahan lagi ....

Read more...

Saturday 26 November 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru - Maal Hijrah 1433H


Assalamualaikum wbt.... Pihak kami mengucapkan "Selamat Tahun Baru 1433H & menyambut Awal Muharam" kepada semua yang beragama Islam pada 27 Nov 2011.  Semoga kita semua mendapat rahmat-Nya dan dipermudahkan segala urusan. Sedar tak sedar, dah bertambahlah umur kita setahun lagi, apa yang penting adalah pengisian terhadap masa lapang / terluang mahupun waktu sibuk kita. Muhasabah diri masing-masing setakat mana sumbangan kita terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan juga negara. Semoga tema kali memberi makna lebih mendalam dalam diri sendiri.

Read more...

Friday 11 November 2011

5 Tips Penting Bagaimana Ingin Berjaya

Success!! Yeah!! Bravo! Tahniah! Congrat!! Yes!!!!!
Itu antara perkataan2 yang keluar apabila telah berjaya melakukan sesuatu atau dengan kata lain telah dapat mencapai impian dan keinginan dengan sangat baik. Penulis kali ini ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai tips yang boleh digunakan untuk berjaya! :

  • Jadi yang TERBAIK! - maksudnya cam BoBoiBoy, cuba buat kerja atau usaha yang bersungguh-sungguh, hasil penat lelah anda pasti mendapat pulangan lumayan. Insya-Allah.
  • Jangan suka Bertangguh - perangai ni kena ubah, kalau masih ada sikap ni..sila buang jauh-jauh, dah nak berjaya jangan la malas sangat sampai usaha takda, camne nak menang! Usaha Tangga Kejayaan.
  • Komitmen 100% - Kalau boleh capai komitmen melebihi 100% lagi bagus, maknanya anda perlu fokus dan beri ruang dan masa kepada jalan yang dipilih untuk mencapai hasrat anda untuk menggapai Impian. Kita semua bermula dengan impian, Jadi boleh bermimpi tetapi jangan mimpi tanpa usaha!
  • Bermotivasi Tinggi - Mesti ada sikap motivasi yang tinggi, jangan sekali gagal dah menyampah & malas nak usaha, sebab tu ada perumpamaan, Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya. Anda yang tentukan jalannya.
  • Jangan Lupa Pencipta! - Hendak berjaya mestilah mendapat rahmat & keberkatan Ilahi, jangan sombong dengan Dia, selesaikan yang fardhu dan tambahkan yang sunat.
okey itu, sahaja yang digunakan oleh saya sepanjang hidup ini. Berusaha Bro! kalau nak berjaya & cari ruang / peluang untuk berjaya di dunia & akhirat ini.Chaiyo!

Read more...

Hakcipta Blog Terperlihara

Template edited by pd

Certified Trainer

since 2006