Thursday 20 September 2012

Karnival Kerjaya di ADTEC Melaka

untuk sebarang maklumat lanjut, anda diminta menghubungi pihak pengurusan BPPL, ADTEC Melaka. Layari http://www.adtecmlk.gov.my 

Read more...

Saturday 15 September 2012

Karnival Skills Malaysia Zon Selatan 2012


Karnival Skills Malaysia Zon Selatan yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah diadakan pada 15 & 16 September 2012. Karnival ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kasih  dan turut hadir adalah Datuk Seri Zainal Rahim Seman selaku Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.


Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan latihan kemahiran sesuai dengan moto Skills Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu ‘Mengarusperdana Latihan Kemahiran’. Pelbagai agensi yang terlibat dengan kemahiran dan gerai jualan telah menyertai dan memeriahkan karnival ini.

             ADTEC Melaka yang mewakili Jabatan Tenaga Manusia (JTM) juga telah dijemput untuk menyertai karnival ini sebagai peserta pameran dan juga telah menganjurkan kursus jangka pendek selama sehari melalui Kursus “Become A Blogger” dan juga “SOHO Network” di mana  kedua-duanya merupakan pengajar dari Bahagian Komputer Sistem. Tahniah di atas kerjasama bersama pihak JPK dan penglibatan dalam Skills Malaysia.

Read more...

Hakcipta Blog Terperlihara

Template edited by pd

Certified Trainer

since 2006