Sunday 26 June 2011

Resume temuduga


  1. Sediakan resume dalam Bahasa Melayu. Dalam BI boleh juga, tapi pastikan anda ‘ready’ untuk disoal banyak dalam English.
  2. Maksima resume – 2 muka surat! Usah lebih dari itu kerana ianya mampu membuatkan penemuduga ‘malas’ melihat kesemuanya.
  3. Gunakan gambar berwarna berukuran pasport pada bucu kanan resume anda.
  4. Pastikan resume ditulis dengan ringkas tapi padat. Usah menulis panjang berjela.
  5. Resume hendaklah dicetak dengan kertas yang berkualiti. Disyorkan gunakan ‘glossy paper’ saiz A4. Ramai orang sediakan resume dengan kertas A4 nipis saja. Usah ulanginya.
  6. Pastikan format susunan maklumat pada resume anda adalah betul. Pastikan ianya bermula dengan pengenalan diri anda.
  7. Gunakan font yang sesuai buat resume anda iaitu tahoma, arial, verdana atau calibri yang bersaiz 10-12.
Ok itu sedikit tips berkenaan penyediaan resume kerja kerajaan. Jika anda dah ready dan berminat nak kerja di sektor awam ni dan dah apply borang. Anda perlu memiliki panduan yang dapat membimbing anda untuk menjawat jawatan di sektor awam nanti. Panduan menjawat pekerjaan terbaik!

Hakcipta Blog Terperlihara

Template edited by pd

Certified Trainer

since 2006